Sunday 14 April 2013

nasi kerabu serambi mekah



NASI KERABU SERAMBI MEKAH



Cara masak nasi:
1. Basuh beras, letakkan air secukupnya dan letakkan 3 ke 4 titis pewarna biru. 
2. Letakkan 3 helai daun pandan dan masak seperti biasa.

Bahan sambal tumis: 
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
15 cili kering                                    
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kurangkan sebab budu dah sedikit masin)



Cara sediakan sambal tumis:
1.   Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, masukkan serai yang telah diketuk. Masukkan sedikit air, dan masak sehingga mendidih.
2.       Masukkan santan, kacau serata dan letak asam keping, budu dan gula.
3.       Masak sehingga naik bau. 



Bahan sambal kelapa:
4 ekor ikan rebus (diambil isi sahaja)
 Kerisik (digoreng sedikit perang)
Bawang merah (tumbuk lumat)
Serai (hiris halus)
Sedikit garam dan gula


Cara menyediakan sambal kelapa:
1. Campurkan semua bahan, gaul rata, dan tumbuk.



Ulam-ulaman:

 Kubis
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan
Taugeh 



cadangan hidangan: 
1. hiris bahan ulam dan letak dalam bekas berasingan.
2. Hidang bersama budu yang telah dicampurkan dengan hirisan bawang merah, cili padi, dan perahan asam limau nipis.
3. Hidang juga bersama keropok, lada sumbat, ikan celuk tepung, telur masin, daging atau ayam  bakar. 

Nasi Kerabu Serambi Mekah